Skip to content
Home » Berita » Program Iftar Perdana Kasih Mahasiswa PIS 2025

Program Iftar Perdana Kasih Mahasiswa PIS 2025

Tarikh : 18 MARCH 2025.

Program Iftar Perdana Kasih Mahasiswa PIS 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Program anjuran JHEP PIS dengan Kerjasama Masjid PIS, Majlis agama Islam Negeri Johor dan Maxis Berhad. Majlis diserikan dengan kehadiran oleh tetamu utama YBrs. Ustaz Sheikh Hafie bin Awab, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, YBrs. Encik Erman bin Yahya, Regional Segment Team Lead, Maxis Berhad dan telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS serta barisan Pengurusan PIS, Staf dan mahasiswa PIS.

Program yang berbentuk CSR di bulan mulia ini telah diceriakan lagi dengan aktiviti sumbangan RM10K dari pihak MAINJ kepada PIS dalam melaksanakan program, sumbangan kepada asnaf di kalangan pelajar dan Staf PIS, ceramah pengisian ilmu dan agihan bubur lambuk serta edaran kad ‘simpack’ percuma dari Maxis. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada MAINJ dan Maxis Berhad atas jalinan kerjasama dan sumbangan diberikan.

Semoga program berbentuk CSR ini menceriakan lagi pengisian bulan Ramadan di PIS dengan aktiviti amal, sedekah, infak, tadarus Al-Quran dan pengisian ilmu serta ibadah sunat pada bulan mulia ini dikalangan mahasiswa dan staf PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *