Skip to content
Home » Berita » Program Benchmarking Implementasi Proses Dan Evaluasi Metode Pembelajaran Bebasis Design Thinking Oleh Politeknik Negeri Padang.

Program Benchmarking Implementasi Proses Dan Evaluasi Metode Pembelajaran Bebasis Design Thinking Oleh Politeknik Negeri Padang.

Tarikh : 08 Oktober 2024

Tahniah PIS kerana menerima kehadiran delegasi Politeknik Negeri Padang (PNP). YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS bersama Y.M. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik dan YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik telah menyambut ketibaan delegasi PNP. Program benchmarking ini diuruskan oleh Unit Pengantarabangsaan PIS dengan jayanya.
Delegasi PNP terdiri daripada Ibu Sukartini (Kepala Pusat Penjaminan Mutu dan Pengembangan Pembelajaran PNP), Ibu Surya Vera Diana (Administrasi Pusat Penjaminan Mutu dan Pengembangan Pembelajaran PNP), dan Ibu Ratna Dewi (pensyarah PNP).
Delegasi PNP mengadakan lawatan penandaaras antarabangsa ini kerana ia merupakan keperluan wajib Pusat Penjaminan Mutu dan Pengembangan Pembelajaran PNP. Mereka ingin mengetahui tentang perkembangan, kaedah pelaksanaan dan kaedah penilaian projek inovasi pelajar PIS yang telah berjaya melaksanakan multidisciplinary final year innovation project menggunakan kaedah design thinking untuk menyelesaikan masalah komuniti di Pantai Pasir Jambak, Padang, Indonesia. Oleh itu, Dr. Hajah Nor Haniza Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran PIS telah membuat perkongsian ilmu kepada delegasi. Projek inovasi pelajar ini telah dikenalpasti semasa PIS dan PNP menjalankan program Multidisciplinary Project Using Design Thinking Approach di Padang, Indonesia pada 27 Feb – 29 Mac 2024 yang lalu, melibatkan seramai 8 pelajar PIS dan 30 pelajar PNP. Di akhir program tersebut, empat multidisciplinary user-centric innovation prototype telah dihasilkan oleh pelajar PIS dan PNP untuk menyelesaikan masalah penduduk di Pantai Pasir Jambak, Padang, Indonesia.
Usai program di Padang, Indonesia, multidisciplinary user-centric innovation prototype ini diteruskan oleh enam Penyelia Projek PIS melibatkan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS, dan beberapa jabatan di PNP.
Syabas kepada Penyelaras Projek Pelajar, Ketua-ketua Jabatan dan Penyelia Projek yang terlibat menjayakan inisiatif Multidisciplinary Final Year Project Using Design Thinking di PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *