Tarikh : 22 JUN 2025.
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PIS berkolaborasi dengan Jawatankuasa Penduduk zon Scientex 2 & Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam penganjuran Program Libat Urus Komuniti Membudayakan STEM : Bandar Pintar, Hijau & Rendah Karbon bertempat di Bilik Seminar ULPL Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini melibatkan 60 orang pimpinan komunti setempat seperti Pengerusi KRT, Pengerusi Masjid dan Surau, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi HELWA, Pengerusi Kelab Kebajikan dan kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang, Pengerusi PUSPANITA cawangan PIS dan Kolej Komuniti Pasir Gudang dan lain-lain.
Program ini dimulakan dengan slot perkongsian ilmu iaitu taklimat daripada Penolong Pegawai Perancang bandar dan Desa Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Dr. Hajah Norlina binti Muhammad. Beliau membentangkan, perancangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai bandaraya rendah karbon. Sesi kedua pula adalah taklimat amalam baik smart green yang disampaikan oleh pengerusi smart green PIS, En Kamarudin bin Kamit. Sesi seterusnya adalah taklimat Aplikasi Pintar STEM Komuniti yang dibentangkan oleh Tn. Hj. Nazari bin Khalid, Pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Sesi yang terakhir pula adalah Forum Bandar Selamat yang disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Pn Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang zon Scientex 2 dan Tn. Insp. Mohd Saffuan bin Ishak, Ketua Balai Polis Taman Scientex. Banyak input telah disampaikan kepada peserta dan peserta juga memberi maklum balas yang positif dengan memberi pandangan dan saranan yang baik.
Diakhir program, Pn Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis MBPG yang juga selaku perasmi program, memberi pesanan supaya peserta yang hadir dapat menggerakan komuniti setempat dalam mencapai matlamat bandar pintar, hijau dan rendah karbon. Program ini juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Y.M Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim selaku wakil rasmi pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan turut hadir bersama adalan Pn. Roveena Herleen binti Hussain Meah, Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PIS. Timbalan Pengarah (Akademik) menyarankan supaya program-program kolaborasi akademik seperti ini harus diteruskan bersesuaian dengan motto PIS iaitu Peneraju Ilmu Sejagat. Penyelaras program, En Md Yusri bin Jani mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahlijawatankuasa dan peserta yang hadir serta semua pihak yang membantu menjayakan program ini



