Tarikh : 16 FEBRUARI 2025.
Seramai 100 orang pelajar dan kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah bertugas sebagai sukarelawan di Festival Layang-Layang Sedunia ke-27 yang berlangsung di Pasir Gudang dari 12 hingga 16 Febuari 2025.
Sebagai sukarelawan, mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran acara dan memberi sokongan kepada penganjur serta pengunjung.
Selain itu, PIS turut mengambil bahagian dalam pertandingan rokkaku korporat, dengan 6 kumpulan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan menyertai acara tersebut. Walaupun mereka tidak berjaya di peringkat akhir, penyertaan ini menunjukkan semangat tinggi dalam memeriahkan festival selain turut mempamerkan bakat dalam sukan layang-layang.
Festival ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran, tetapi juga menjadi platform bagi Politeknik Ibrahim Sultan untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan komuniti dan memperkenalkan institusi ini di peringkat antarabangsa.


