Tarikh : 23 FEBRUARI 2025.
Penglibatan staf dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dalam Program Southern Volunteers Go Green@Johor Bersih Peringkat Negeri Johor dan program ini turut disertai serta disempurnakan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Johor di Sungai Tebrau, Kg Bakar Batu, Johor Bahru
Penglibatan PIS melibatkan Staf PIS dan PIS VT Troopers dari kalangan pelajar-pelajar PIS. Turut hadir YBrs Encik Mohd Firdaus bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan JRKV, Encik En Mohd Azali bin Zainal Abidin Pegawai Sukarelawan PIS & Pn Siti Aishah binti Zainal, Setiausaha Sukarelawan PIS.
Semoga program seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan terus menyemai kecintaan dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dikalangan warga institusi pendidikan dan komuniti sekitar.



