Tarikh : 13 FEBRUARI 2025.
Pada tahun ini PIS terus bekerjasama dalam penganjuran Festival Layang-Layang yang mana seramai 10 orang staf dan 30 orang pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti akan bertugas sebagai liason officer di dalam festival tahunan ini yang bermula pada 12 Febuari 2025.
Penglibatan bermula dengan acara Taklimat dan Perjumpaan Pelayang Antarabangsa yang telah berlangsung di Amansari Residensi Resort, Seri Alam, Pasir Gudang Johor. Acara merupakan proses penyerahan Liason Officer (L0) pelajar kepada pelayang-pelayang antarabangsa mengikut ketetapan negara.
Pelajar-pelajar ini akan bertugas bersama-sama 124 pelayang daripada 44 negara antaranya Argentina, Brittany, Curacao, Indonesia, Jepun, Taiwan, Brunei, China, Sweden, Thailand dan sebagainya sehingga 16 Febuari akan datang.
Penglibatan ini memberikan peluang kepada pembangunan diri pelajar terutamanya dalam memperbaiki kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kemahiran menyelesaikan masalah serta memberikan platform bagi penglibatan aktif sepanjang pengajian di politeknik.
Liason Officer bertugas di padang akan diselia oleh tiga orang pegawai iaitu Pn. Hjh Wan Rosnani binti Wan Mohamad, Pn. Nur Hidayah Zulkifli dan Pn. Nurulizati Mueeddin.


