Tarikh : 25 MEI 2025.
Penglibatan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di reruai KPT Bagi Program Madani Rakyat (PMR)2025 Negeri Johor telah dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat PIS dan Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual PIS bagi sesi Promosi ambilan dan demonstrasi bersama pengunjung. Penerangan promosi kemasukan ke PIS telah diketuai oleh YBrs. Hj. Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) PIS dan bersama Puan Rabiaton Adawiah binti Ahmed Tajudin, PRO PIS. Demonstrasi ‘Doodle Art’ telah diketuai oleh YBrs. Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual bersama Puan Nurhamizah binti Misuan, Pensyarah rekabentuk Grafik dan Puan Qistina binti Arshad, Pensyarah Rekabentuk Fesyen. Program PMR 2025 kali ini yang berlangsung dari 23-25 Mei 2025 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru menyasarkan kepada semua rakyat di Negeri Johor terutama kepada para belia.
Semoga penglibatan PIS di reruai KPT mendapat manfaat kepada pengunjung dan menjadi penyampaian maklumat secara terus dan telus dengan lebih berkesan kepada pelanggan terutamanya kepada ibubapa dan para pelajar.



