Skip to content
Home » Berita » PIS Di Majlis Ramadan Iftar Sunway Group Bersama Rakan Strategik TVET Bagi Zon Selatan.

PIS Di Majlis Ramadan Iftar Sunway Group Bersama Rakan Strategik TVET Bagi Zon Selatan.

Tarikh : 07 MARCH 2025.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyantuni undangan ke Majlis Ramadan Iftar Sunway Group Bersama Rakan Strategik TVET Bagi Zon Selatan anjuran Sunway Group di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Puteri. Kehadiran Mr. Fong Foo Tat, Pengurus Besar Kanan – Sokongan Perniagaan & Projek Jabatan Sumber Manusia Kumpulan, Sunway Group dalam meraikan rakan strategic TVET. Kehadiran PIS diketuai oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS, YBrs. Hj Hamzah bin Zakaria, TPGS PIS dan ketua-ketua Jabatan Akademik serta ketua Unit CISEC, Pengurus CDeC dan Ketua Unit UKK. Majlis turut dihadiri oleh PERKESO Cawangan Johor, KYPJ dan UTHM.

Majlis bertujuan mengeratkan lagi kerjasama dan hasrat meneruskan perancangan program bersama rakan Strategik TVET Zon Selatan bagi tahun 2025. Semoga kolaborasi strategik ini memberi peluang besar buat kebolehpasaran pelajar di institusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *