Sijil Khas Operasi Katering
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
RINGKASAN PROGRAM
Program Sijil Khas Operasi Katering menawarkan peluang kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) untuk memulakan kerjaya dalam perkhidmatan operasi katering selaras dengan misi politeknik bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam sektor awam dan swasta di Malaysia. Pelajar dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran seperti teknik masakan, seni hidangan dan keselamatan makanan. Bagi melahirkan pelajar yang berdikari dan berdaya saing, ilmu berkaitan keusahawanan juga diterapkan kepada pelajar. Pelajar juga diberi pendedahan tentang alam pekerjaan melalui latihan industri sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar.
Tempoh Pengajian : 4 Semester
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang katering. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Pengusaha Katering
- Pengusaha Produk Bakeri dan Pastri
- Pengusaha Kafe
- Barista
- Penyedia Makanan dan Minuman
- Pembantu Pramusaji
- Pembantu Dapur (Commis)
- Pembantu Penyedia Bakeri dan Pastri
- Krew Restoran/Fast Food/ Coffee Shop
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti