Skip to content

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


Home » Program Pengajian » Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

RINGKASAN PROGRAM

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini telah direka bentuk untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik menjurus kepada proses dan automasi industri. Pengetahuan asas mengenai Pengawal Logik Boleh Atur Cara dan Automasi, Sistem Kawalan, Sistem Automatik dan Kawalan Motor Elektrik, Instrumentasi dan Kawalan Industri serta Pengaturcaraaan turut didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka.

Penggunaan elektronik di dalam proses dan industri automasi pada masa kini amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Prospek Kerjaya

Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dan membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas dalam kebanyakan industri kejuruteraan seperti:

  • Juruteknik proses penyenggaraan alat
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik tapak
  • Pembantu Jurutera
  • Bekerja sendiri

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti