Skip to content
Home » Berita » Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia 2025 Bagi Bidang Graphic Design Technology Di PIS

Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia 2025 Bagi Bidang Graphic Design Technology Di PIS

Tarikh : 01 JULAI 2025.

Pertandingan Pra Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia 2025 bagi bidang Graphic Design Technology bermula 30 Jun hingga 3 Julai 2025 dan diadakan di Creative Design Centre (CDeC), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Seramai 60 orang peserta terlibat dalam pertandingan ini dan para peserta telah mula menghadirkan diri mereka sejak 30 Jun 2025 lagi. Seramai 30 peserta telah memulakan persaingan mereka pada Sesi Pertama hari ini pada 1 Julai 2025. Kunjungan mesra telah daripada pengurusan PIS diketuai oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan YBrs. Encik Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC untuk bersama melihat perjalanan pertandingan yang diselaraskan oleh Ketua Hakim, Pn. Nurulkusuma binti Adnan dan barisan hakim serta AJK pertandingan di lokasi Studio Rekabentuk 1A&1B (iMAC LAB), bangunan CDeC, PIS.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini akan menyaksikan para peserta muda yang mempunyai bakat ini akan menonjolkan kemahiran dan kewibawaan mereka untuk mewakili Malaysia ke persada peringkat antarabangsa. Peserta muda ini terdiri daripada pelbagai institusi TVET daripada institusi kemahiran, IPTA dan IPTS. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui pelaksanaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Ibrahim Sultan. Penganjuran pada kali ini, diharapkan dapat mencapai matlamatnya mencari bakat yang berpotensi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Semoga semua peserta bersemangat dan dapat memberi tumpuan menonjolkan kemahiran masing-masing serta beroleh kejayaan.

Pertandingan di nilai dan dihakimi oleh:

Ketua Hakim:

Puan Nurulkusuma binti Adnan, Pensyarah Kanan, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan.

Hakim:

1. Encik Mohd Fairuz bin Zainal, Director of Creative Design, Malaysia Design Development Centre

2. Ts. Nor Hasfuat bin Abdul Rahman, Pensyarah ILP Nibong Tebal

3. Ts. Haizal Izham Bin Abd Rahman, Colours Pro Resources

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *