Info Lanjut : Memo Permohonan Mendiami Kolej Kediaman Pelajar, PIS Sesi 1 2025/2026
PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, POLITEKNIK IBRAHIM SUL TAN BAGI SESI 1 2025/2026
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan, permohonan bagi mendiami Kolej Kediaman Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan bagi sesi 1 2025/2026 dibuka mulai 15 Mei 2025/Khamis dan akan ditutup pada 30 Mei 2025/Jumaat. Pelajar-pelajar boleh membuat permohonan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP).
- Bagi pelajar perempuan semester 2 dan 3 untuk sesi 1 2025/2026 anda diwajibkan mendiami Kolej Kediaman Pelajar, PIS. Walaubagaimanapun, pelajar yang diwajibkan ini perlu juga membuat permohonan melalui aplikasi SPMP. Pelajar KHAS pendengaran tidak perlu membuat permohonan melalui sistem SPMP kerana ditawarkan tempat secara automatik berdasarkan keperluan dan kelayakan mereka.
- Senarai pelajar yang ditawarkan mendiami Kolej Kediaman Pelajar, PIS boleh disemak mulai 01 Julai 2024/Jumaat.
- Kerjasama dan perhatian semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan berhubung perkara di alas amatlah diharapkan. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh berurusan di Kaunter Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar pada waktu pejabat.