Skip to content
Home » Berita » Perbarisan Unit Uniform PIS Sempena Penarafan Semula “ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC) 2025”

Perbarisan Unit Uniform PIS Sempena Penarafan Semula “ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC) 2025”

Tarikh : 07 MEI 2025.

Seramai 34 anggota LLP Askar Wataniah, 24 orang anggota Pandu Puteri Klover dan 7 orang anggota PLSTLDM telah terlibat dalam Perbarisan Unit Uniform sempena lawatan penarafan semula APACC 2025 yang sedang berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Perbarisan ini telah diselaras dan diurus oleh bahagian pengurusan Kokurikulum melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Kompeni Echo, Batalion 1, Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau Johor Bahru.

Penglibatan dari kalangan anggota Unit Uniform PIS telah menunjukkan komitmen yang tinggi, semangat kerjasama dalam pasukan, mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dalam membentuk pasukan yang berdisiplin tinggi dengan komunikasi yang sangat baik. Penampilan mereka yang kemas dan persembahan perbarisan yang tersusun rapi berjaya menyerlahkan imej yang positif sebagai pelajar PIS. Selain itu, penglibatan pelajar dalam sesi perbarisan ini bukan sahaja memperlihatkan pembangunan sahsiah pelajar PIS yang sangat aktif dalam aktiviti Kokurikulum, tetapi dapat mengeratkan hubungan bersama dengan pasukan simpanan negara iaitu Kompeni Echo, Batalion 1, Rejimen 501 Askar Wataniah negeri Johor. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan bagi meneruskan kecemerlangan pelajar PIS secara holistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *