Skip to content
Home » Berita » Penyertaan Staf Pis Di Kursus Preventif Konservasi: Tatacara Pengendalian Karya Koleksi Seni Moden.

Penyertaan Staf Pis Di Kursus Preventif Konservasi: Tatacara Pengendalian Karya Koleksi Seni Moden.

Tarikh : 26 SEPTEMBER 2025.

Satu kursus Kursus Preventif Konservasi: Tatacara Pengendalian Karya Koleksi Seni Moden telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar yang bermula pada 23 hingga 26 September 2025. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Fairuzahri Bin Jalaluddin, Pengarah Yayasan Warisan Johor dan telah menyampaikan Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaam & Cenderamata kepada penceramah dan peserta kursus.

Program ini dianjurkan di Peringkat Zon Selatan dan melibatkan penyertaan dari beberapa institusi, Galeri dan Muzium di Zon Selatan. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian ilmu yang berfokus kepada pelaksanan preventif serta konservasi kepada tatacara pengendalian karya koleksi Seni Moden.

Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat dilaksanakan ilmu yang diperolehi di tempat bertugas masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *