Skip to content
Home » Berita » Penglibatan Pelajar Pis Dalam Program Inspirex Polycc 2025

Penglibatan Pelajar Pis Dalam Program Inspirex Polycc 2025

Tarikh : 28 SEPTEMBER 2025.

Seramai tiga (3) orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai PROGRAM INSPIREX POLYCC 2025, Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Kepimpinan, Inklusif, Pelajar Progresif”. Program ini telah dilaksanakan bermula pada 25 hingga 27 September 2025 dan telah diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Balik Pulau dan Pusat Latihan Kenegaraan ini menampilkan pelbagai slot dan aktiviti yang sarat dengan penerapan nilai, latihan berimpak tinggi serta aktiviti luar yang membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan pelajar TVET. Pelajar PIS dan merupakan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang terlibat dalam program ini adalah Ahmad Fauzan Bin Hasnan, Nur Aina Sofiya Bt Mohd Khairudin dan Nor Isma Fatih Bt Abdullah

Majlis Perasmian Penutupan pada 27 September 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK. INSPIREX POLYCC 2025 terbukti menjadi landasan penting dalam melahirkan pemimpin muda yang berwawasan, berintegriti serta berdaya tahan demi masa depan negara.

Program seumpama ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat, menguatkan ketahanan mental dan fizikal, serta mempersiapkan pelajar TVET untuk muncul sebagai barisan pemimpin hebat dan cemerlang pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *