Tarikh : 26 DISEMBER 2024.
Tahniah dan syabas kepada wakil tunggal pesilat pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari Kelab Silat Naga Selatan, saudara Fatah bin M. Nasir yang telah memenangi pingat gangsa di Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang yang berlangsung di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Pelajar telah dibimbing oleh Puan Suhaila Samian selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghanu, Penasihat Kelab Silat Naga Selatan PIS dan juga merupakan pensyarah jabatan JPA.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa dalam meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang yang diceburi.