Skip to content
Home » Berita » Pelajar PIS Ditauliah Pingat Gangsa Pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2024

Pelajar PIS Ditauliah Pingat Gangsa Pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2024

Tarikh : 27 NOVEMBER 2024.

Bertempat di Dewan Sebaguna JKR Johor Bahru, seramai 12 orang pelajar PIS telah ditauliahkan Pingat Gangsa dalam Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Johor. Pelajar-pelajar tersebut ialah :

  1. Mohammad Fahmi Izwan Bin Shahril (JPH)
  2. Wan Farrish Shamir Bin Wan Ahmad Farhan (JKM)
  3. Muhammad Hakim Hakimi Bin Asrol Faezal (JKM)
  4. Muhammad Syakir Bin Mohd Haiah (JKM)
  5. Devan A/L Pannerselvam (JPH)
  6. Harith Danial Bin Muhamad Amzi
  7. Cynthia Laila Anak Simon Kandin (JPH)
  8. Nurul Athirah Binti Zulkarnain (JPH)
  9. Nurain Natasya Binti Johabaha (JPH)
  10. Edzlyn Edzlieya Edzwan Binti Abdullah (JPH)
  11. Nur Shakila Najwa Binti Bad Rani (JPH)
  12. Ainul Najihah Binti Ahmadnizam (JPH) – (BO: Persatuan Belia G2 Felda Pemanis)

ARPRM merupakan program bertaraf antarabangsa yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award. Majlis ini telah dihadiri oleh 250 orang peserta ARPRM seluruh negeri Johor yang telah melengkapkan kesemua komponen Tahap Gangsa dan Tahap Perak. Pempimpin ARPRM turut dijemput hadir dalam majlis ini. Pn Siti Norabaiah binti Harun dan Cik Salwa binti Kusairi telah mewakili pemimpin ARPRM pada majlis ini.

Majlis yang bertemakan tradisional klasik ini telah disempurnakan oleh YB. Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya ditauliahkan Pingat Gangsa ARPRM pada tahun ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *