Tarikh : 21 Oktober 2024
Sekalung Tahniah dan penghargaan kepada saudari Alya Syakirah binti Aluin daripada program DCI1A yang telah merangkul tempat PERTAMA dalam peraduan melukis dan mewarna kartun serta membawa pulang wang bernilai RM500. Ucapan tahniah juga kepada Muhammad Irfan Nizarif bin Mohd Arisah (DCI1A) yang mendapat saguhati dengan membawa wang RM30. Para pelajar ini dibawah bimbingan Puan Erly Kartina, Pensyarah Pengiring DCI, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual di Festival Kartun Gen-Z yang bertemakan MUHIBAH & PERPADUAN dan telah berlangsung di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.
Festival ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa. Ia dianjurkan oleh Persatuan Seni Sketsa (Saksama) dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@dbkl_malaysia). Festival ini juga disokong oleh @yayasan_hasanah.
Kartun Gen-Z yang bertemakan Muhibah & Perpaduan ini telah menampilkan lebih 200 karya dari kartunis muda berusia 30 tahun ke bawah, termasuk penyertaan dari pelbagai kaum, orang Asli, serta peserta dari Sabah dan Sarawak.
Seramai 5 orang yang telah terpilih daripada 13 orang pelajar Program DCI telah menghantar karya mereka, dan karya mereka ini telah dipamerkan semasa festival ini berlangsung. Mereka telah di jemput secara rasmi oleh pihak SAKSAMA dalam menyertai Festival Kartun Gen-Z yang pada 19 dan 20 Oktober 2024. Berikut adalah senarai 5 nama pelajar yg terpilih dan akan menerima wang bernilai RM250 setiap orang :
1) Irdina Batrisyia binti Mohd Zaimi (DCI1A)
2) Muhammad Irfan Nizarif bin Mohd Arisah (DCI1A)
3) Alya Syakirah binti Aluin (DCI1A)
4) Muhammad Haziq bin Khusairi (DCI3B)
5) Darusvarandas A/L Nelson Dass (DCI3B)
Semoga penyertaan mereka ini amat memberi makna dan dapat memberi pengalaman serta pendedahan kepada pelajar dalam industri kreatif malahan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada mahasiswa di PIS