Tarikh : 04 FEBRUARI 2025.
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan dan Iftar Harian sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada para jemaah, termasuk pelajar dan masyarakat setempat.
Sekiranya tuan/puan ingin memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, barangan, atau bahan makanan bagi menjayakan program ini yang mana sumbangan yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk manfaat para jemaah dan pelajar yang berbuka puasa di masjid setiap hari sepanjang Ramadan.
Segala pertanyaan, maklumat lanjut atau urusan sumbangan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani di talian 019-5670361.
Kami amat menghargai sebarang bentuk sokongan daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan yang diberikan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
