Skip to content
Home » Berita » Malaysia Junior Silat Championship, Pasir Gudang Open, 1st Series 2025

Malaysia Junior Silat Championship, Pasir Gudang Open, 1st Series 2025

Tarikh : 03 FEBRUARI 2025.

Kelab Silat Naga Selatan Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 10 pesilat termasuk seorang alumni bagi kejohanan tersebut yang berlangsung pada 30 Januari sehingga 02 Febuari 2025 bertempat di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang Johor bagi acara silat olahraga.

Kejohanan melibatkan 18 pasukan dengan anggaran 700 pesilat daripada pelbagai perguruan Gayong Malaysia yang melibatkan pertandingan silat seni dan silat olahraga.

Politeknik Ibrahim Sultan membawa pulang DUA (2) pingat gangsa menerusi pesilat kelas Dewasa Putra (E) iaitu Mohd Haziq bin Shamsuddin dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Siti Aishah binti Zakaria, alumni Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual bagi kelas Dewasa Putri (B).

Pasukan ini sebelumnya telah menjalani latihan pusat bersama Persatuan Silat Sunda Asli Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang (PSSATPR) pada 18 hingga 28 Januari 2025 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort.

Ucapan penghargaan kepada jurulatih-jurulatih pasukan iaitu En. Khirulfazal bin Abdullah (Ketua Jurulatih) dan Tn. Syed Akmal Hafis bin Syed. Al-Hadi (Jurulatih) dari PSSATPR.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dalam pembangunan bakat mahasiswa PIS pada masa hadapan dalam mengembangkan seni silat sebagai salah satu aktiviti yang dapat membentuk keperibadian dan kecemerlangan pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *