Tarikh : 20 MARCH 2025.
Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran 1446H telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Program anjuran bersama Jabatan Pengajian Am, Masjid PIS, PUSPANITA cawangan kecil PIS, Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex 2, KRMM, JPKK dan PRS. Majlis diserikan dengan kehadiran oleh tetamu YBrs. Hjh. Haryati binti Ismail, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 2 dan disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS serta barisan Pengurusan PIS, Staf dan mahasiswa PIS.
Majlis ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan tadarus sebanyak 30 kumpulan iaitu 1 juzuk bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada staf, pelajar dan komuniti. Kemudian, sesi tazkiran ringkas Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani dan Majlis Khatam diketuai oleh Ustaz Mohd Hamdi bin Yaacob. Majlis turut disempurnakan oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim serta penyampaian hadiah bagi peserta komited dan istiqamah di peringkat staf, pelajar serta komuniti. Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Adzim Bin Shamsuddin pensyarah JRKV, Puan Nor Zalima binti Md Salleh daripada UKP, Nur Haiqal Bin Roslizal(JRKV), Aina Najwa Binti Masri(JRKV), Puan Nurkamilia binti Mohd Amin daripada Alpinia 1 serta Junaidah binti Abdul Rahman daripada Jalan Kelisa Kasia. Sebelum berakhir, majlis dialunkan dengan bacaan selawat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hamdi bin Yaacob. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak JKPZ Scientex 2 atas jalinan kerjasama dan kesudian melaksanakan majlis ini dengan jayanya.
Semoga majlis berbentuk kerohanian ini menceriakan lagi pengisian di bulan Ramadan di PIS dengan meningkatkan serta menggalakkan lagi amal ibadah dalam kalangan mahasiswa , staf serta komuniti setempat.



