Tarikh : 08 JANUARI 2025.
Alhamdulillah, pada tahun baharu 2025, Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima Sijil Penghargaan Dua Projek Pembangunan yang telah diluluskan di bawah RMK ke-12 Rolling Plan 5 tahun 2025 berjumlah RM16,825,000 iaitu Projek Menaik Taraf Kemudahan dan Fasiliti Asrama di PIS dan Projek Penggantian Peralatan Usang dan Perolehan Peralatan Akademik Baharu di PIS.
Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan di Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan 5 Tahun 2025 Dan Peluncuran Rancangan Pembangunan Polycc 10 Tahun (2026-2035) Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti yang telah diadakan di Politeknik Port Dickson.
Di majlis ini juga, PIS turut menerima Sijil Penghargaan Projek Pembangunan P64 RMK12 Terbaik Tahun 2024 bagi Projek Perolehan Peralatan Akademik bagi Bidang Rekabentuk Kreatif yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Ia merupakan penghargaan yang diberikan kepada institusi yang telah melaksanakan projek-projek pembangunan peralatan mahupun program yang terbaik secara keseluruhan daripada 40 projek yang dinilai berdasarkan peratus perbelanjaan.
Tahniah kepada tuan pengarah yang menerajui PIS dengan cemerlang dan seluruh warga PIS di atas komitmen kejayaan ini. Semoga dengan penerimaan peruntukan ini, PIS akan dapat menyediakan fasiliti dan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada semua pelajar PIS dan terus menjadi pilihan sebagai institusi TVET yang unggul