Tarikh : 04 JULAI 2025.
Majlis Penutupan Program Peningkatan Modal Insan Anak Asnaf Negeri Johor: Projek Penghasilan Produk Cenderamata dan Jahitan Beg Pelbagai Guna anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berlangsung dengan jayanya. Majlis di rasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shafie bin Mustapha, Penolong Pengarah Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor & Al-Fadhil Ustaz Sh Haffie bin Awab, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Panel Penceramah Usahawan, Encik Mohamad Shafuan bin Zahari, Pengurus Syarikat Magnifique Idea, Pasir Gudang Johor, Yang Mulia Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS dan Encik Hanizam bin Hussein, Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Majlis ini diadakan bagi meraikan semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang menghadiri kursus ini. Sesi penyampaian sijil dan lawatan di setiap tapak pameran turut diadakan bagi mengiktiraf pencapaian peserta serta memberikan pendedahan kepada hasil kerja yang telah dihasilkan sepanjang tempoh kursus berlangsung.
Program Peningkatan Modal Insan Anak Asnaf Negeri Johor iaitu Kursus Penghasilan Produk Cenderamata dan Beg Pelbagai Guna anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah pun berlangsung pada 19 April 2025 dan berakhir pada 22 Jun 2025. Terdapat 8 latihan yang disediakan oleh jurulatih di kalangan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) mengikut kepakaran masing-masing iaitu Latihan Canva, Latihan DTG Printing & Silkscreen Printing, Latihan Tie & Dye, Latihan Pola Beg, Latihan Jahitan, Latihan Sulaman Tangan, Latihan Cenderamata (button badge), Latihan Promosi & Pengkomersilan dan lawatan ke Galeri Hujung Tanah Art Residency pada 14 Jun 2025. Aktiviti lawatan di sekitar galeri Hujung Tanah Art Residency yang menempatkan barang-barang lama dan bersejarah seperti peralatan lama, pelbagai jenis kamera lama dan lampu lama serta karya seni tempatan dan antarabangsa seperti lukisan, arca dan karya upcycle Peserta juga diberi peluang untuk mempelajari teknik menulis jawi dengan menggunakan batang resam.
Semoga dengan penganjuaran program kolaborasi strategik antara MAINJ dan PIS ini akan mencapai objektifnya dalam membantu meningkatkan nilai tambah modal insan anak-anak asnaf dan usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan melalui kemahiran yang diperolehi bagi anak asnaf, malahan program ini menjadi platform yang menyediakan ruang dan peluang bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk berjaya pada masa akan datang.



