Tarikh : 30 Oktober 2024
Seramai 60 orang telah hadir bagi menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat anggota Kompeni Echo Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah (AW) yang telah di adakan di Dewan CDEC Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang Johor. Majlis pemakaian pangkat tersebut, telah di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Lt Kol Norizam bin Sekak, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Kapten Ayub Bin Mohamad, Pegawai Tadbir Batalion Pertama, Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Mohd Fairuzhamizan Bin Mohd Abd Rahman, Penolong Ketua Kompeni Echo Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Shahrizan Bin Anuar, Ketua Platun Kompeni Echo Rejimen 501 Askar Wataniah, PW 1 Shahwalludin Bin Ghazali, Sarjan Mejar Rejimen Sukarela Rejimen 501 Askar Wataniah dan SSjn Mohamad Nor Affian Bin Zaman selaku Kompeni Sarjan Mejar Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah. Majlis tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan Politeknik Ibrahim Sultan.
Pada majlis kali ini, seramai 3 orang penuntut dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal selaku anggota Askar Wataniah telah di naikkan pangkat daripada Prebet kepada Lans Koperal berkuatkuasa pada 26 September 2024. Penuntut yang telah di naikkan pangkat terdiri daripada:
- Muhammad Haiqal Arbi bin Mohammed Arbi
- Muhammad Mirzan bin Suhaimi
- Kevin Joshua A/L Aruldas
Pada majlis tersebut, turut di adakan sesi Penyampaian Sijil Penghargaan dari Politeknik Ibrahim Sultan kepada Jurulatih Kompeni Echo Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah atas sumbangan khidmat bakti dalam memberi tunjuk ajar dan berkongsi kemahiran untuk menjadi askar laskar yang terlatih kepada pelajar khasnya yang terlibat dengan Kokurikulum Unit Uniform Askar Wataniah. Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh En. Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik selaku wakil Pengarah PIS kepada Lt. Shahrizan bin Anuar, Ketua Platun 18 Kompeni Echo, Lt Mohd Fairuzhamizan bin Mohd Abd Rahman, Penolong Ketua Platun 18 Kompeni Echo serta 2 orang Jurulatih iaitu Sjn Mohd Rizal Bin Abu Hashan dan Kpl Mohamad Ridzuan Bin Abbas..