Skip to content
Home » Berita » Majlis Pelancaran Produk Kain Benang Johor Mampu Milik & Program Kolaborasi Bersama Yayasan JCORB Bersama PIS

Majlis Pelancaran Produk Kain Benang Johor Mampu Milik & Program Kolaborasi Bersama Yayasan JCORB Bersama PIS

Tarikh : 14 FEBRUARI 2025.

Satu Mesyuarat dan Majlis Pelancaran Produk Kain Benang Johor Mampu Milik & Program Kolaborasi bersama Yayasan JCORB, The Johor Collection & Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah diadakan bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Fairuzahri bin Jalaluiddin Pengarah Yayasan Warisan Johor, turut hadir YBrs. Encik Mohammad Shafiq bin Miskon, wakil Yayasan JCORB, dan turut serta dari PIS YBrs. Encik Hanizam bin Hussain Ketua Jabatan JRKV, Dr. Muhamad Syahman bin Mahdi dan Puan Siti Aishah binti Zainal.

Majlis berjalan dengan lancar dimana telah menekankan Produk Kain Benang Johor Mampu Milik ini diperkenalkan dengan 17 warna Kain Benang Johor, para pelanggan boleh mendapatkan dengan harga yang ekonomi serta diumumkan tempahan dibuka kepada semua agensi dan orang ramai.

Semoga melalui program ini kolaborasi berterusan PIS bersama YWJ dan JCORP akan memberi kesan yang positif dan memankinkan satu kerjasama industri yang strategik dan berimpak tinggi dalam mengembangkan lagi Produk Kain Benang Johor sebagai bahan bagi tujuan pendidikan serta inovasi, dalam usaha promosi pasaran kepada semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *