Tarikh : 24 FEBRUARI 2025.
Satu Majlis Menandatangan Kerjasama Letter of Intent (LoI) diantara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan Kyung-In Woman’s Universiti telah diadakan di Universiti Kyung-In Woman’, Korea Selatan. Majlis mennandatangai kerjasama telah disempurnakan oleh YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dengan Yook Dong In, Presiden, Kyung-In Women’s University. Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Dr. Zauyani Binti Zainal Mohamed Alias, Ketua Unit Pengantarabangsaan (IRU), PIS dan Puan Yusmahaida binti Yusof, Pegawai Unit Pengantarabangsaan.
Lawatan ini bertujuan dalam usaha kerjasama strategik peringkat antarabangsa ke arah meningkatkan halatuju pendidikan di PIS melalui pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah serta aktiviti sercara kerjasama dalam bidang pendidikan antara dua institusi.
Semoga pertemuan dan lawatan ini dapat merialisasikan usaha, perancangan serta kerjasama antarabangsa berimpak tinggi di antara institusi.



