Skip to content
Home » Berita » Lawatan Tapak Dan Perbincangan Kerjasama Penganjuran Pertandingan Worldskills Malaysia Belia

Lawatan Tapak Dan Perbincangan Kerjasama Penganjuran Pertandingan Worldskills Malaysia Belia

Tarikh : 11 APRIL 2025.

Sesi lawatan tapak dan perbincangan kerjasama Penganjuran Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (Wsmb) / Worldskills Malaysia Pengajar (Wsmp)/ Juniorskills Malaysia (Jsm) Bagi Tahun 2025 – Peringkat Pra-Kelayakan Bagi Bidang Graphic Design Technology ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Creative Design Centre (CDeC), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor. Mesyuarat ini bertujuan untuk mencapai kerjasama dalam penyelarasan penganjuran bagi pertandingan WSMB/ WSMP/ JSM Peringkat Pra-Kelayakan Tahun 2025 bagi bidang Graphic Design Technology. Perbincangan ini telah dihadiri dari Bahagian Promosi, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia terdiri daripada Puan Suriani binti Hasan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknikal Pertandingan (UTP) bersama Puan Mariam Jameelah binti Bahari, Penolong Kanan Pengarah, Unit Pengurusan Pertandingan (UPP). Turut hadir bersama YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, PIS, Encik Muhammad Roslee bin Ismail, Penyelaras PolyCCSkills PIS, Puan Nurulkusuma binti Adnan, Pakar Negara Graphic Design Technology, dan Encik Hamal Nasir bin Jalil, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta pasukan PolyCCSkills PIS bagi penyediaan dan perancangan terperinci mengenai penyelarasan pelaksanaan pertandingan.

Semoga dengan kehadiran ini dapat mencapai jalinan kolaborasi kerjasama dan kesefahaman serta memberikan impak positif dan meningkatan lagi kecemerlangan kemahiran TVET dalam menyumbangkan tenaga mahir yang kompeten di industri Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *