Skip to content
Home » Berita » Lawatan Santai Mesra PIS Ke Exacmust Sdn Bhd

Lawatan Santai Mesra PIS Ke Exacmust Sdn Bhd

Tarikh : 10 FEBRUARI 2025.

Satu Lawatan dan pertemuan santai mesra PIS ke Syarikat Exacmust Sdn. Bhd. telah dianjurkan oleh unit CISEC PIS. Lawatan ini yang diketuai oleh YBrs Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS telah disambut oleh YBrs. Mohamad Khir bin Abdul Razak, Pengarah Urusan Exacmust Sdn. Bhd. Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS, Pn. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, Encik Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC PIS, Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar, Ketua Unit Strategik, Pn. Nurrul Asmar binti Azhan,Pensyarah Kanan JRKV, Pn. Yusmahaida binti Yusoff, Pensyarah Kanan JKE dan Pn. Nor Afizah binti Jalil Pensyarah JRKV.

Lawatan dan pertemuan santai mesra ini bertujuan melihat peluang dan ruang berkolaborasi dalam bidang keusahawanan bersama industry dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pelajar malahan kearah menyuntik idea positif membina jenama kusahawanan di PIS.

Semoga lawatan anjuran Unit CISEC ini membuka lembaran baru 2025 dalam jalinan kerjasama bersama industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *