Skip to content
Home » Berita » Lawatan Penandaaras Program Sijil Animasi 2d Kolej Komuniti Kuala Langat Ke Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi, Politeknik Ibrahim Sultan

Lawatan Penandaaras Program Sijil Animasi 2d Kolej Komuniti Kuala Langat Ke Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi, Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 30 MEI 2025.

atu Lawatan Penandaaras telah dilaksanakan oleh Program Sijil Animasi 2D (SDD) Kolej Komuniti Kuala Langat ke Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (DCI), di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kehadiran delegasi lawatan telah diketuai oleh Puan Shaakiroh binti Murad, Ketua Program Sijil Animasi 2D bersama 6 orang pensyarah dan 10 orang pelajar SDD dan disambut serta disantuni oleh YBrs. Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan JRKV, Encik Zulkifli bin Amdan Ketua Program Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (DCI) bersama barisan pensyarah dan para pelajar DCI.

Lawatan ini bertujuan memperkukuhhan hubungan diantara SDD dan DCI dalam pelaksanaaan program secara bersama dan perkongsian ilmu dalam penyediaan dokumentasi akreditasi MBOT. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar dalam menjana idea positif dalam melaksanakan kolaborasi dan perkongsian ilmu ke arah kecemerlangan bersama.

#jrkvpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

enms