Tarikh : 11 DISEMBER 2024.
Satu lawatan penanda aras telah dilaksanakan oleh Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) . Lawatan pihak KYPJ telah diketuai oleh YBrs. Puan Haslinda binti Hashim, Pengurus Akademik dan Pengantarabangsaan KYPJ dan telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, PIS dan YBrs. Encik Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PIS. Turut sama hadir pegawai-pegawai dari KYPJ dan Jawatankuasa Pengurusan JPH, PIS.
Lawatan ini bertujuan membincangkan berkaitan pengurusan program ‘Work-Base Learning’ (WBL) dan salaing bertukar pandangan dan perkongsian ilmiah dalam halatuju pembangunan kebolehpasaran pelajar institusi dalam bidang Hospiltaliti.
Semoga melalui pertemuan ini membuka satu lembaran baru kerjasama ke arah pembangunan kebolehpasaran yang mahasiswa pada masa hadapan.



