Tarikh : 18 JULAI 2025.
Satuperjumpaan dan mesyuarat Perancangan AITech Hub dan Penggunaan AI dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui e-Learning telah diadakan sempena lawatan kerja rasmi ORS Technologies Sdn Bhd ke PIS. Kehadiran delegasi mereka telah diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Mohamad Hariri bin Abdulah, Penasihat ORS Technologies dan YBrs. Mr. Yogeswaran, Pengarah Eksekutif ORS Technologies dan telah disantuni Oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, TPGS, PIS, YBrs. Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan JRKV, YBrs. Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, YBrs. Ts. Dr. Nor Hidayu binti Shahadan, Ketua Unit Reskilling and Upskilling Centre (RUC/STRUC), Puan Nurulkusuma binti Adnan, Ketua AITech Hub dan Barisan Ketua-ketua program serta pensyarah JRKV.
Lawatan ini bertujuan menjalinkan kerjasama antara PIS dengan ORS Technologies dalam usaha mencapai halatuju PIS 2025-2035 melalui pembangunan AITech Hub dan usaha penggunaan AI dalam PdP melalui e-learning di PIS. Usaha ini juga adalah satu langkah awal dalam memastikan pendidikan mahasiswa di PIS selari dengan teknologi pembuatan AI dalam keperluan Industri malahan satu usaha suntikan nilai tambah kebolehpasaran pelajar dalam pasaran kerjaya masa kini



