Skip to content
Home » Berita » Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

Tarikh : 24 DISEMBER 2024.

Satu lawatan kerja rasmi dan penanda aras telah dilaksanakan oleh pengurusan Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ke Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kehadiran YBrs. Puan Selvamalar a/p Selvarajan, Ketua Unit Komunikasi Korporat PTSB telah disambut dan disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS dan YBrs. Hj. Johaini bin Hj. Ibrahim, Ketua Unit Korporat PIS.

Pertemuan telah diadakan di bilik perbincangan, Bangunan Pentadbiran PIS. Sesi pertemuan telah berjalan lancar dengan perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan tadbir urus serta pelaksanaan tugas amalan baik dalam jawatan lantikan sektor oleh JPPKK bagi Unit Komunikasi Korporat.

Semoga melalui lawatan ini dapat menjana minda positif dan mengorak halatuju pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang di institusi masing-masing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *