Tarikh : 05 DISEMBER 2024.
Satu lawatan dan mesyuarat kolaborasi daripada Racks Central Singapore dengan Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan di Bilik Persidangan PIS serta lawatan ke bengkel Jabatan JKM dan JKE. Lawatan dan mesyuarat ini yang dianjurkan oleh CISEC PIS merupakan jemputan balas PIS daripada lawatan rasmi PIS ke Racks Central Singapore bulan yang lalu dalam usaha merangka serta mengeratkan lagi kerjasama. Kunjungan ini telah diketuai oleh Mr. Bobby Wee, CEO Racks Central Singapore dan telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, Puan Irinah binti Abdullah, Ketua Jabatan JKM, Encik Kamarudin bin Kamit, Ketua Jabatan JKE, serta pegawai-pegawai CISEC.
Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dalam membincangkan kerjasama strategik yang akan di laksanakan menjelang tahun hadapan. Racks Central Singapura turut sama membawa Delegasi rakan strategik industrinya dari Jepun, Thailand, Indonesia dan Singapura juga untuk melihat ruang dan peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama.
Semoga jalinan kerjasama ini membuka lembaran bagi tahun 2025 dalam kolaborasi antarabangsa dan berimpak tinggi yang akan meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa dan halatuju kecemerlangan pendidikan di PIS masa hadapan.