Skip to content
Home » Berita » Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Tarikh : 18 DISEMBER 2024.

Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan Dan Pendidikan (ULPL) PIS. Seramai 60 orang peserta dari kalangan STAF PIS telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri, Pensyarah JPA dan Encik Khairul Nazry bin Talib, Pensyarah JKM. Objektif kursus ini memberi pendedahan berkaitan melaksanakan ibadah Umrah secara pengurusan sendiri dan berkongsi tips-tips penting untuk menyusun atur sebelum berlepas ke tanah Suci.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ

Maksudnya: “Satu umrah ke umrah lain adalah penghapus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur, tidak ada balasan baginya (yang mengerjakannya) selain syurga.”

Riwayat al-Bukhari (1773) dan Muslim (1349)

Semoga kursus ini memberi pendedahan ilmu dan perkongsian pengalaman yang bermanfaat kepada peserta..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *