Tarikh : 05 Oktober 2024
Kursus Bakal Pegawai Siri 2&3 Tahun 2024 yang melibatkan Tujuh (7) Politeknik Malaysia iaitu PIS, POLISAS, PSAS, PTSN, PMM, PMK dan PSMZA telah dilaksanakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia (PULAPA) Wilayah Timur, Jengka, Pahang selama 5 hari iaitu dari 23 hingga 27 September 2024.
Seramai tiga orang anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Politeknik Ibrahim Sultan telah terpilih dan para pelajar PISPA ini adalah dibawah seliaan Kapten Bersekutu (PA) Ts. Khairudin Bin Baharum. Para pelajar PISPA terlibat adalah;
- NUR NAQIB HAKIMI BIN SHUHAIRI (JKE)
- PUTERA ARIF DANISH BIN MOHAMMAD ZULKARNAIN (JRKV)
- NURUL MAIZATUL NATASYA BINTI IRHAMNA (JKM)
Syabas!! Semoga dapat melahirkan anggota yang ikhlas, berdisiplin, sifat positif, semangat bekerjasama, berkeyakinan serta menjadi modal insan yang cemerlang.