Skip to content
Home » Berita » Kunjungan Yb Baharudin, Adun Permas Ke Makmal Mesin Elektrik, JKE,PIS

Kunjungan Yb Baharudin, Adun Permas Ke Makmal Mesin Elektrik, JKE,PIS

Tarikh : 25 APRIL 2025.

Kunjungan YB Baharudin bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, telah mengadakan lawatan rasmi ke Makmal Mesin Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan dan infrastruktur makmal serta melihat sendiri perkembangan teknologi dan pembelajaran yang diterapkan dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Sepanjang sesi lawatan, pihak jabatan telah berpeluang berkongsi maklumat berkaitan Model Sistem Pengagihan Elektrik, termasuk aplikasi dan kepentingannya dalam sistem tenaga nasional. Perkongsian ini telah mencetuskan perbincangan ilmiah yang bermanfaat mengenai peranan pendidikan teknikal dalam pembangunan sumber tenaga mampan.

YB Baharudin turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta menzahirkan komitmen beliau untuk membantu memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak berwajib demi kemajuan pelajar dan masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *