Tarikh : 08 DISEMBER 2024.
Satu kunjungan mesra daripada staf Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan ke Muzium Tenun Johor, Yayasan Warisan Johor (YWJ). Kunjungan ini telah disambut oleh Penolong Pengarah Bahagian Pemuziuman, YBrs. Puan Nor Alisa bin Abd Rahman. Hadir dalam lawatan ini mewakili PIS, adalah YBrs. En. Hanizam bin Hussin Ketua Jabatan JRKV, Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, YBrs Puan Katijah binti Md Saad, Ketua Unit WBL.
Pertemuan ini adalah usaha membuka lembaran baru kerjasama yang sekian lama telah pun terjalin. Pertemuan ini juga lebih menjurus kepada perbincangan dan mendapatkan maklum balas mengenai cadangan kolaborasi dan bidang kerjasama bersama pihak Yayasan Warisan Johor. Banyak info yang diterima bagi menambahbaik ruang dan peluang kebolehpasaran pelajar PIS terutamanya bidang kreatif di JRKV.
Semoga kunjungan ini mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama sedia ada yang telah terjalin sekian lama ke arah manfaat serta kebolehpasaran pelajar PIS