JAWATANKUASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bertujuan untuk memperkukuhkan penyampaian PdP melalui empat cabang utama:
1. OBE/CDIO
OBE (Outcome-Based Education) merupakan pendekatan PdP yang digunapakai oleh institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Untuk memantapkan pelaksanaan OBE ini, PIS telah berjaya menjadi ahli World CDIO Organization sejak tahun 2018. CDIO, yang mempunyai 200 institusi ahli dari tujuh wilayah, termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia, UK-Ireland, Amerika Latin, Australia, New Zealand, dan Afrika, menyatukan institusi pendidikan tinggi yang berinovasi dalam PdP. Di Malaysia, hanya empat institusi telah diterima sebagai ahli. Pendekatan CDIO ini memantapkan pengurusan program pengajian dan PdP serta menggarap keperluan pendidikan abad ke-21 dengan lebih berkesan
2. Projek Pelajar
Sebagai ahli World CDIO Organization, pendekatan PdP dalam pelaksanaan dan pemantauan projek pelajar sangat dititikberatkan. CDIO mengutamakan penggunaan kaedah Design Thinking, yang dipelopori oleh IDEO.org sejak tahun 2000. Kaedah ini juga telah diterapkan oleh institusi terkenal seperti Harvard University, Massachusetts Institute of Technology (MIT), dan London Business School dalam melaksanakan projek inovasi. Terbukti, Design Thinking adalah kaedah yang berkesan untuk memacu inovasi dalam projek pelajar.
3. Kurikulum Baharu
Selari dengan keperluan penjajaran program dan penawaran program baharu oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, PIS akan memperkenalkan beberapa program baharu berasaskan Work-Based Learning (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja. Untuk memastikan relevansi program baharu ini, jawatankuasa ini akan menjalankan Program Needs Analysis sebagai salah satu aktiviti utamanya.
4. E-Learning
Jawatankuasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan bahan instruksional digital. Selain itu, platform atas talian seperti CIDOS akan digunakan secara lebih meluas untuk memperkukuhkan proses pembelajaran. Infrastruktur Technology-Enabled Classroom (TECC) juga akan diperkasakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara digital.
Penambahbaikan dalam keempat-empat cabang ini akan memastikan PIS terus relevan dalam memenuhi keperluan pendidikan masa kini dan akan datang.
Antara fungsi Jawatankuasa PdP adalah :
Outcome-Based Education (OBE)
- Menyampaikan arahan / dasar baharu daripada JPPKK
- Menjadi sumber rujukan untuk pelaksanaan PdP berteraskan OBE
- Menyebarluas kesedaran tentang pengiktirafan PIS sebagai CDIO member institution
- Memberi kefahaman kepada Pengurusan Akademik (Induk dan Jabatan) tentang kaedah pengurusan program pengajian melalui kerangka CDIO
- Memberi latihan kepada pensyarah mengenai kaedah pelaksanaan OBE melalui kerangka CDIO
- Meneliti hasil pembelajaran dan kesesuaian cadangan CQI untuk setiap program yang dibentangkan oleh Ketua Jabatan di Mesyuarat Pengurusan Akademik / Mesyuarat Pengurusan Akademik Jabatan
- Meneliti data pencapaian iPdP dan kesesuaian cadangan CQI
- Mencadangkan perolehan alat-alat untuk kegunaan pelajar dan pensyarah
- Membantu jabatan menghasil, mengumpul, mendokumenkan dan menerbitkan kaedah-kaedah PdP berkesan setiap program untuk kegunaan proses akreditasi program (ETAC, MBOT, MQA) dan institusi (PENA, APACC)
Projek Akhir Pelajar
- Menyampaikan arahan / dasar / KPI baharu daripada JPPKK
- Merancang tema Projek Akhir Pelajar untuk setiap semester
- Membangunkan Project Brief untuk pelajar dan Supervisor
- Memastikan Project Brief mengandungi kriteria seperti Sustainable Development Goals, Design Thinking, kelestarian, Smart Green POLYCC dan penglibatan komuniti / industri
- Memberi taklimat kepada pelajar dan Supervisor
- Mencadangkan sekurang-kurangnya satu multidisciplinary project setiap tahun
- Memberi latihan tentang multidisciplinary project dan Design Thinking kepada pelajar dan Supervisor
- Membantu jabatan menghasil, mengumpul, mendokumenkan dan menerbitkan
- Mengemaskini data projek akhir pelajar di dalam sistem yang disediakan
Pembangunan Kurikulum
- Menyampaikan arahan / dasar / KPI baharu daripada JPPKK
- Mengadakan taklimat Orientasi Kurikulum setiap semester
- Mengkaji dan menilai kerelevanan program pengajian semasa
- Mengkaji kebolehlaksanaan program ijazah baharu
- Mengkaji isu-isu terkini dalam pendidikan dan negara yang perlu diintegrasikan ke dalam kurikulum
- Membentangkan hasil kajian dan cadangan penambahbaikan di Mesyuarat Pengurusan Akademik
E-learning
- Menyampaikan arahan / dasar / KPI baharu daripada JPPKK
- Melaksanakan skop tugas e-learning sesuai dengan arahan semasa
- Memantau pelaksanaan dan penggunaan CIDOS
- Memantau pelaksanaan dan penggunaan TECC
- Memberi latihan dan mengkoordinasi penghasilan bahan pdp
Waktu Operasi
AHAD – RABU
8.30 pagi – 5.00 petang
KHAMIS
8.30 pagi – 3.30 petang
JUMAAT, SABTU DAN CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Jawatankuasa Pengajaran & Pembelajaran (PdP)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : pdp@pis.edu.my