JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER (JMSK)
Jabatan Matematik, Sains & Komputer merupakan jabatan sokongan yang menyediakan pembelajaran yang bersistematik bagi kursus Sains & Matematik Kejuruteraan yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar kejuruteraan. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan komputer kepada semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, selain dari menyediakan pengajaran asas teknologi komputer terkini.
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan kini terdapat 20 orang tenaga pensyarah dan seorang pembantu makmal. Lokasi pejabat JMSK terletak di bahagian hadapan Politeknik Ibrahim Sultan bersama Jabatan Pengajian Am dan Unit Teknologi Maklumat. Fasiliti-fasiliti yang terdapat di JMSK ialah 5 buah makmal komputer, sebuah makmal sains, dan 4 buah bilik kuliah.
JMSK diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu selia oleh 2 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains. Proses Pengajaran & Pembelajaran (PdP) dijalankan dengan penuh dedikasi oleh setiap pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan agar proses PdP dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan di bidang Matematik, Sains dan Komputer seiring perkembangan teknologi semasa.
Misi
Menghasilkan pelajar yang mahir menyelesaikan permasalahan dengan mengaplikasikan Matematik, Sains dan Komputer bagi membantu pencapaian di bidang kejuruteraan, rekabentuk dan hospitaliti.
Objektif
Kecemerlangan Akademik
- Berusaha untuk mencapai kadar kelulusan bagi semua modul tidak kurang dari 95% bagi setiap semester.
- Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada pelajar yang lulus mencapai nilai mata 3.0 atau lebih untuk setiap modul bagi setiap semester.
Kecemerlangan Staf
Berusaha supaya staf JMSK menghadiri kursus/seminar/bengkel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bidang Matematik, Sains dan Komputer sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.
- DBM10163 – ENGINEERING MATHEMATICS 1
- DBS10042 – ENGINEERING SCIENCE
- DBC20012 – COMPUTER APPLICATION
- DBM20023 – ENGINEERING MATHEMATICS 2
- DBM30033 – ENGINEERING MATHEMATICS 3
- DBM30043 – ELECTRICAL ENGINEERING MATHEMATICS
- SBK1021 – APLIKASI KOMPUTER
- Aktiviti Tahun 2023
- Aktiviti Tahun 2024
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer memiliki fasiliti yang lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah kepada pelajar. Antaranya ialah 5 bilik kuliah, 1 makmal sains dan 5 makmal komputer. Dengan adanya fasiliti ini pelajar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri secara teori dan praktikal. Adanya proses penilaian yang dijalankan dari masa ke semasa sepanjang pengajian mereka dapat meningkatkan lagi kualiti diri sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.
Anugerah & Pencapaian
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Ketua Jabatan)
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : @pis. edu. my