UNIT INTEGRITI (UIntegriti)
Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras.
- Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
- Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
- Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya di ambil;
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
- Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
- Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Tatatertib
Menjalankan fungsi urus setia jawatan kuasa tatatertib di bawah Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Integriti
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : integriti@pis.edu.my