Skip to content
Home » Berita » Hari TVET Dan Keusahawawan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional IndahPura,Kulai Jaya,Kulai Johor.

Hari TVET Dan Keusahawawan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional IndahPura,Kulai Jaya,Kulai Johor.

Tarikh : 24 NOVEMBER 2024.

Bertempat di Dewan Goalball Siti Khadijah, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Indahpura, Politeknik Ibrahim Sultan menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta Program Sijil Khas Politeknik telah terlibat sebagai pempamer di dalam proram tersebut yang berlangsung pada 24 November 2024.
11 orang pelajar semester dua dan tiga daripada program Sijil Khas Operasi Katering (KOK), Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen (KRF) dan Sijil Khas Reka Bentuk Grafik mempamerkan hasil kerja mereka serta demonstrasi berkaitan kursus-kursus pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan.

Pelajar-pelajar ini diselia oleh sembilan orang tenaga pengajar iaitu:

En. Mohd. Nizam Salleh @ Jafri (KGF).

Puan Nor Asmahani binti Kutip (KP KOK)

Puan Rohaidah binti Mohd. Yusoff (KP KGF)

Puan Mastura binti Abu Bakar (KP KRF)

Puan Siti Suhaila binti Samian (Ketua Penyelaras Pelajar Berkeperluan Khas dan Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Pelajar /KOK)

Puan Siti Zaitul Hajar binti Hasan (KRF)

Puan Norazlinda binti Gaman (KRF).

Puan Nur Hidayah binti Azlan (KOK)

En. Muhammad Azmil bin Abd. Aziz (KGF)

Program ini turut memberi peluang kepada pihak politeknik untuk mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas pendengaran secara khusus dan kepada murid-murid berkeperluan khas lainnya secara umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *