Skip to content
Home » Berita » FESTiVET 2025: Platform Integrasi TVET, Warisan dan Akses Pendidikan Tinggi

FESTiVET 2025: Platform Integrasi TVET, Warisan dan Akses Pendidikan Tinggi

Tarikh : 08 MEI 2025.

Festival IDeA TVET (FESTiVET) 2025 melabuhkan tirainya pada hari ini dengan gabungan empat program utama: Pertandingan Fesyen IDeA, Pameran VISCOM 40, Booth Jom Masuk POLYCC dan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini.

Acara kemuncak adalah penyertaan 14 pasukan IPT dari dalam dan luar negara mempersembahkan 28 rekaan Modest Fashion dan Moden Kontemporari, bertemakan “To Achieve Excellence in Johor’s Heritage Fashion Through TVET Education, Elevating Johor Thread Fabric as a Global Identity”, dinilai oleh pereka fesyen tersohor Zalmi Zulkafli.

Integrasi fesyen dengan warisan tradisional membuka peluang kepada pelajar dan golongan profesional fesyen untuk meneroka teknik tenunan tradisional Johor dalam mencipta karya fesyen yang inovatif, unik, dan bernilai tinggi.

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Tuan Aznan Tamin.

Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif, Timbalan Pengarah

Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Anwar bin Hamid @ Pa, dan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Tuan Haji Ulaimi Yahya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor Sarina Taslim, dan Ketua Sumber Manusia Johor Port Tuan Haji Hermee Tahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *