Skip to content
Home » Berita/Aktiviti » Page 11

Berita/Aktiviti

Sukarelawan Pelajar Pis Di Program Asean Tourism Forum 2025

Tarikh : 17 JANUARI 2025. Seramai 30 orang sukarelwan pelajar PIS dan diiringi 9 orang pensyarah dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah bersama-sama melaksanakan kerjasama di Program ASEAN Tourism Forum 2025. Program julung kalinya diadakan di PERSADA JOHOR, Johor Bahru bermula 14 hingga 20 Januari 2025 ini adalah kerana Malaysia telah menjadi tuan rumah ASEAN 2025 pada tahun ini dengan pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tahun di seluruh negara.… Read More »Sukarelawan Pelajar Pis Di Program Asean Tourism Forum 2025

Projek Generatif Kecerdasan Buatan (AI) Hasil Tangan Alumni PIS

Tarikh : 13 JANUARI 2025. Projek Duri AI Playground dari Durioo Sdn. Bhd. merupakan projek teknologi generatif kecerdasan buatan (AI) yang diketuai dan dibawah seliaan alumni PIS dari Diploma Animasi Kreatif, Encik Muhammad Faris bin Mohamad. Durioo Sdn. Bhd. yang lebih dikenali sebagai Durioo+ Malaysia merupakan syarikat animasi yang menghasilkan kandungan hiburan yang berunsurkan islam sesuai untuk kanak-kanak. Syarikat ini terkenal dengan animasi Didi and friends dan Omar & Hana.… Read More »Projek Generatif Kecerdasan Buatan (AI) Hasil Tangan Alumni PIS

Majlis Penutup Dan Lafaz Ikrar Mahasiswa Program Haluan Siswa Sesi II : 2024/2025

Tarikh : 10 JANUARI 2025. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut bersama pengurusan tertinggi, Ketua-ketua Jabatan dan Unit. Program Haluan Siswa (PHS) telah berlangsung selama 5 hari bagi memberi pengenalan dan bimbingan kepada siswa siswi baharu berkenaan akademik, bimbingan rohani dan informasi politeknik, motivasi kecemerlangan dan pembangunan kepimpinan nilaii kerjasama (team work). Semoga memberikan manfaat dalam menjalani kehidupan di kampus dan selamat memulakan… Read More »Majlis Penutup Dan Lafaz Ikrar Mahasiswa Program Haluan Siswa Sesi II : 2024/2025

Majlis Penyerahan Surat Pemakluman RMK 12 RP5 Tahun 2025 Dan Peluncuran Rancangan Pembangunan Polycc 10 Tahun (2026-2035) Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Tarikh : 08 JANUARI 2025. Alhamdulillah, pada tahun baharu 2025, Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima Sijil Penghargaan Dua Projek Pembangunan yang telah diluluskan di bawah RMK ke-12 Rolling Plan 5 tahun 2025 berjumlah RM16,825,000 iaitu Projek Menaik Taraf Kemudahan dan Fasiliti Asrama di PIS dan Projek Penggantian Peralatan Usang dan Perolehan Peralatan Akademik Baharu di PIS. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua… Read More »Majlis Penyerahan Surat Pemakluman RMK 12 RP5 Tahun 2025 Dan Peluncuran Rancangan Pembangunan Polycc 10 Tahun (2026-2035) Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Jalinan Kolaborasi Pis Dengan YWJ

Tarikh : 07 JANUARI 2025. Satu mesyuarat kolaborasi diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Yayasan Warisan Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Lawatan dari delegasi PIS telah diketuai oleh YBrs Pn. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC dan disambut oleh YBrs Encik Fairuzahri bin Jalaluddin, Pengarah YWJ. Turut hadir sama dalam lawatan ini dari PIS adalah Encik Muhamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC PIS,… Read More »Jalinan Kolaborasi Pis Dengan YWJ

Kunjungan Dan Mesyuarat Kerjasama Diantara SRC Global Resources Sdn Bhd Dengan Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 07 JANUARI 2025. Satu mesyuarat kerjasama diantara SRC Global Resources Sdn Bhd dengan Politeknik Ibrahim Sultan telah dilaksanakan di Bilik Persidangan PIS. Kunjungan Pihak SRC Global telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Mohd Arifin, CEO SRC Global, YBrs. Encik Dawan bin Ibrahim, Pegawai Penyelaras SRC Global, YBrs. Encik Kamaruddin bin Daud, Pegawai Hubungan Industri SRC Global dan Encik Mohd Sharul bin Shamsul, Pembantu Pegawai Industri SRC… Read More »Kunjungan Dan Mesyuarat Kerjasama Diantara SRC Global Resources Sdn Bhd Dengan Politeknik Ibrahim Sultan

Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames

Tarikh : 03 JANUARI 2025. Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Tahunan Dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames, Ayer Keroh disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Ab Rahman. Paduka Baginda selaku penaung Persatuan Cef Melaka menyampaikan anugerah dan medal penghargaan kepada 50 cef… Read More »Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames

Amanat Tahun Baru 2025

Tarikh : 03 JANUARI 2025. Hj. Ulaimi Yahya, Pengarah dan warga Politeknik Ibrahim Sultan bersama-sama mendengar Amanat Tahun Baru 2025 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Perhimpunan di insititusi ini adalah bertujuan untuk memastikan semua warga kerja PIS memahami dengan jelas amanat serta hala tuju yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri bagi tahun 2025. Sejurus amanat oleh YAB Perdana Menteri, Pengarah PIS turut menyampaikan ucapan dan… Read More »Amanat Tahun Baru 2025

Majlis Ukhwah Silaturahim PIS dan Perhimpunan Bulanan.

Tarikh : 31 DISEMBER 2024. Penutup tahun 2024. Majlis Ukhwah Silaturahim PIS dan Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah dan warga PIS. Turut diadakan bacaan Yassin, ucapan oleh Tuan Pengarah, penyampaian sumbangan dan jamuan bersama semua warga PIS.