Skip to content
Home » Berita » Bengkel Penulisan Proposal Geran Trans-Tech 4TVET Siri 2

Bengkel Penulisan Proposal Geran Trans-Tech 4TVET Siri 2

Tarikh : 18 MARCH 2025.

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Proposal Geran Trans-Tech 4TVET Siri 2. Program ini berlangsung di Bilik Seminar ULPL, PIS. Penceramah bengkel ini adalah Ts. Dr. Zinvi Fu dari PIS dan En. Minir bin Simon dari Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan proposal geran dalam kalangan peserta, khususnya berkaitan Geran Trans-Tech 4TVET. Secara keseluruhan, bengkel ini menjadi platform yang efektif bagi para peserta untuk mendapatkan panduan, tips, dan ilmu berguna dalam menghasilkan proposal yang berkualiti tinggi, menyokong usaha peningkatan penyelidikan dan inovasi di institusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *