Skip to content
Home » Berita » Bengkel Pembangunan Ebook Augmented Reality (AR)

Bengkel Pembangunan Ebook Augmented Reality (AR)

Tarikh : 12 JUN 2025.

Satu Bengkel Pembangunan eBook Augmented Reality (AR) telah berjaya dianjurkan oleh Unit eLearning Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Bengkel ini diadakan khusus untuk peserta-peserta pembangunan eBook PIS bagi tahun 2025.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada para peserta dalam mengintegrasikan teknologi AR ke dalam pembangunan eBook interaktif. Teknologi AR dijangka dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian bahan pembelajaran serta menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran digital.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Nurul Fathihin Mohd Noor Shah, Pakar eLearning dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang sangat berharga. Beliau telah berkongsi pelbagai input berguna berkaitan konsep, perisian, serta langkah-langkah praktikal dalam membangunkan eBook AR yang menarik dan berkesan.

Semoga bengkel ini dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak inovasi dalam penghasilan bahan pembelajaran digital di PIS.

#elearningpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteamoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *