Skip to content
Home » Archives for admin » Page 5

admin

Karnival PSH Zon Johor 2025 Sempena Festivet 2025

Tarikh : 09 MEI 2025. Program ini merupakan satu mekanisma memperkenalkan Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor secara khususnya dan secara amnya memperkenalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada komuniti Negeri Johor. Ianya satu bentuk kesinambungan program-program peringkat kebangsaan yang membentuk kemuncak industri kreatif kepada umum bersama industri luar dan masyarakat setempat. Dengan yuran serendah RM5.00 semua golongan tidak kira yang dewasa mahupun yang muda telah dapat mengikuti pelbagai kursus… Read More »Karnival PSH Zon Johor 2025 Sempena Festivet 2025

FESTiVET 2025: Platform Integrasi TVET, Warisan dan Akses Pendidikan Tinggi

Tarikh : 08 MEI 2025. Festival IDeA TVET (FESTiVET) 2025 melabuhkan tirainya pada hari ini dengan gabungan empat program utama: Pertandingan Fesyen IDeA, Pameran VISCOM 40, Booth Jom Masuk POLYCC dan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini. Acara kemuncak adalah penyertaan 14 pasukan IPT dari dalam dan luar negara mempersembahkan 28 rekaan Modest Fashion dan Moden Kontemporari, bertemakan “To… Read More »FESTiVET 2025: Platform Integrasi TVET, Warisan dan Akses Pendidikan Tinggi

Perbarisan Unit Uniform PIS Sempena Penarafan Semula “ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC) 2025”

Tarikh : 07 MEI 2025. Seramai 34 anggota LLP Askar Wataniah, 24 orang anggota Pandu Puteri Klover dan 7 orang anggota PLSTLDM telah terlibat dalam Perbarisan Unit Uniform sempena lawatan penarafan semula APACC 2025 yang sedang berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Perbarisan ini telah diselaras dan diurus oleh bahagian pengurusan Kokurikulum melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Kompeni Echo, Batalion 1, Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem… Read More »Perbarisan Unit Uniform PIS Sempena Penarafan Semula “ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC) 2025”

Festival IDeA TVET (FESTiVET) 2025 Zon Selatan

Tarikh : 07 MEI 2025. ISedang berlangsung program Festival IDeA TVET (FESTiVET) 2025 Zon Selatan di Politeknik Ibrahim Sultan. Dijemput ramai-ramai mehla ke PIS untuk dapatkan konsultasi dan penerangan kemasukan untuk menyambung pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang kemahiran terutamanya adik-adik lepasan SPM. Selain itu juga, kepada komuniti tidak kisah orang besar ke kecil boleh join kursus-kursus pendek di Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat. Bermula hari ini sehingga 5.00… Read More »Festival IDeA TVET (FESTiVET) 2025 Zon Selatan

Program Sukarelawan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Politeknik Ibrahim Sultan Di Sekolah Agama Kopok Baru

Tarikh : 03 MEI 2025. Satu Program Sukarelawan Gotong-royong Peringkat Komuniti telah diadakan di Sekolah Agama Kopok Baru. Program ini melibatkan semester 1 dan 2 daripada pasukan beruniform PISPA (Pasukan Institusi Sukarelawan Pertahanan Awam), Politeknik Ibrahim Sultan. Tujuan utama program ini adalah untuk menceriakan bangunan bilik mesyuarat sekolah agama dengan hasil lukisan mural yang berunsurkan geometrikal. Program ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada persekitaran sekolah, tetapi juga memupuk semangat… Read More »Program Sukarelawan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Politeknik Ibrahim Sultan Di Sekolah Agama Kopok Baru

PolyCC TVET For All

Tarikh : 30 APRIL 2025. Influencer@JaPen Johor Bersama Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan moderator Encik Danial Zakwan dengan topik PolyCC TVET For All. Jom semua ke program FESTIVET 2025 di PIS pada 7 & 8 Mei nanti. Terima kasih Jabatan Penerangan Negeri Johor atas kesempatan bual bicara petang tadi.

Kunjungan Yb Baharudin, Adun Permas Ke Makmal Mesin Elektrik, JKE,PIS

Tarikh : 25 APRIL 2025. Kunjungan YB Baharudin bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, telah mengadakan lawatan rasmi ke Makmal Mesin Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan dan infrastruktur makmal serta melihat sendiri perkembangan teknologi dan pembelajaran yang diterapkan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Sepanjang sesi lawatan, pihak jabatan telah berpeluang berkongsi maklumat berkaitan Model Sistem Pengagihan Elektrik, termasuk aplikasi dan kepentingannya dalam sistem… Read More »Kunjungan Yb Baharudin, Adun Permas Ke Makmal Mesin Elektrik, JKE,PIS

Geran T-AIGS tahun 2025

Tarikh : 25 APRIL 2025. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kumpulan penyelidik PIS di atas penerimaaan Geran T-AIGS tahun 2025.

Raya Fun Run 2025

Tarikh : 23 APRIL 2025. Raya Fun 2025 telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan lebih 200 orang pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan. Raya Fun Run merupakan larian sejauh 2.2km dengan mengenakan baju raya/pakaian tradisional. Tahniah diucapkan kepada semua warga Politeknik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini dapat menjalinkan ukhuwah seasama peserta dalam suasana hari raya di samping dapat mencungkil… Read More »Raya Fun Run 2025

Bengkel Strategi Dan Penyelesaian Kreatif Dalam Kikhb PIS 2025

Tarikh : 21 APRIL 2025. Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Strategi dan Penyelesaian Kreatif dalam KIKHB PIS di Bilik Seminar, JKE, Politeknik Ibrahim Sultan. Bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf PIS, yang terdiri khususnya daripada wakil projek KIK dari setiap jabatan/unit Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Mohammad Sobbri bin Zulkfely dari Majlis Perbandaran Manjung, Perak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas kesudian berkongsi ilmu serta… Read More »Bengkel Strategi Dan Penyelesaian Kreatif Dalam Kikhb PIS 2025