Skip to content
Home » Berita » ASIAN STUDENT FASHION WEEK (ASFW 2025)

ASIAN STUDENT FASHION WEEK (ASFW 2025)

Tarikh : 14 APRIL 2025.

Sekalung penghargaan kepada Cik Norulaini Binti Mohd Ramly, Pensyarah Progam Rekabentuk Fesyen & Pakaian di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visaul yang telah terpilih sebagai peserta akhir Asian Student Fashion Week dalam pertandingan Fashion Show Competition 2025 iaitu pada 3- 4 Mei 2025 di Universitas Negeri Malang, Indonesia. Penyertaan ini melibatkan rekaan penuh koleksi fesyen yang berkonsepkan Paradoxal serta berinspirasikan Awan Larat dalam rekaan Avant-Garde dari konsep kreatif, pemilihan material, pembangunan prototaip, sehingga ke pentas peragaan. Koleksi yang dipersembahkan mengetengahkan gabungan elemen tradisional dan moden, mencerminkan identiti budaya dalam konteks kontemporari Asia.

Penyertaan ini memberi peluang berharga untuk membina jaringan serantau, memperkukuh kemahiran teknikal serta meningkatkan keupayaan mempersembahkan idea fesyen dalam skala antarabangsa. Pencapaian ini menjadi bukti komitmen dan potensi beliau dalam industri fesyen serantau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *