Skip to content
Home » Berita » Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2024

Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2024

Tarikh : 13 FEBRUARI 2025.

PIS telah berjaya memperolehi tiga Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2024 atau Polytechnic Sports Excellent Awards iaitu Anugerah Olahragawan dimenangi oleh saudara Umar Osman, atlet olahraga, Anugerah Atlet Harapan Lelaki berjaya dimenangi oleh atlet kanu, saudara Mohammad Fahmi Izwan Shahril dan Anugerah Politeknik Terbaik menjadi milik Politeknik Ibrahim Sultan.

Anugerah Kecermelangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2024 atau Polytechnic Sports Excellent Awards yang berlangsung di Langkawi telah dirasmikan YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan para atlet dan pegawai dalam pembangunan sukan politeknik di peringkat kebangsaan. Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberikan suntikan semangat dan menggalakkan lagi para atlet PIS untuk menggapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *