UNIT WORK-BASED LEARNING (WBL)
Dalam konteks pendidikan politeknik dan kolej komuniti, Work-Based Learning (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja didefinisikan sebagai satu pendekatan pembelajaran berstruktur yang menyediakan pelajar dengan pengalaman kerja sebenar melalui program imersif yang dibimbing oleh pengamal industri yang berupaya menyumbang kepada kebolehpasaran graduan. WBL Politeknik melibatkan pengalaman kerja dan persekitaran industri berasaskan tiga teras utama iaitu pelajar, institusi dan industri.
Objektif Unit
Memastikan perancangan dan pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di peringkat sebelum, semasa dan selepas bagi memenuhi keperluan kurikulum pengajian, standard akreditasi dan kerangka kelayakan yang ditetapkan.untuk semua program pengajian yang berasaskan WBL.
Objektif Work-Based Learning (WBL)
Tujuan Pendekatan WBL dilaksanakan adalah untuk :
- mengintegrasikan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja;
- meningkatkan aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus atau di industri yang menyediakan pengalaman kerja sebenar kepada pelajar;
- melaksanakan refleksi berstruktur dengan menghubungkaitkan teori dan praktis dalam melaksanakan pelbagai tugasan;
- mendapat pendedahan dan pengalaman industri yang relevan mengikut bidang pengajian; justeru, merapatkan jurang ketidaksepadanan (mismatch) di antara kehendak industri dan graduan yang dihasilkan oleh politeknik; dan
- meningkatkan kemahiran kognitif, fungsi kerja, personal, etika dan profesional pelajar serta mengalakkan pembelajaran kendiri sepanjang hayat.
- Menyediakan ABM bagi pelaksanaan WBL
- Menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Politeknik bagi tujuan pelaksanaan WBL antara politeknik dengan industri dengan membekalkan input akademik yang berkaitan kepada pihak industri;
- Menyedia dan menyelaras takwim WBL
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti sebelum, semasa dan selepas WBL yang berkaitan dengan pelajar dan industri
- Melaksanakan Pemantauan WBL
- Mengadakan perbincangan dengan Penyelia Industri dalam mendapatkan maklumat untuk tujuan CQI WBL
PERATURAN AM WORK-BASED LEARNING (WBL)
Pelajar dibenarkan menjalani WBL setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
(b) Telah melapor diri
(c) Membayar Yuran Pengajian dan Yuran Pelbagai
(d) Telah mendaftar kursus-kursus WBL bagi semester berkenaan.
(e) Dilindungi insuran. Pelajar juga perlu mendapatkan insuran tambahan bagi memenuhi keperluan industri (jika perlu).
(f) Telah menduduki dan LULUS semua kursus yang telah ditetapkan di dalam kurikulum program pengajian.
(g) Bagi program Sarjana Muda khususnya, pelajar harus LULUS ujian MUET sekurang-kurangnya Band 3). Namun, tahap minimum MUET bagi syarat bergraduat ini adalah tertakluk kepada dasar polisi yang sedang berkuatkuasa.
(h) Memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh industri (jika perlu). Contoh: CIDB Green Card Wajib mendapatkan Suntikan TYPHOID dan Sijil Pengendalian Makanan dll.
(i) Memenuhi arahan-arahan lain yang ditetapkan oleh politeknik dari semasa ke semasa.
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Work-Based Learning (WBL)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : wbl@pis.edu.my