
Maklumat Umum
Cokmar Konvokesyen

Mempunyai ukuran teknikal 1200mm panjang, 120mm ukur lilit atas dan 75mm ukur lilit bawah. Rekaan dihiasi indah dengan mengaplikasi corak-corak awan larat dan arabik tempatan. Mempunyai logo PJB di bahagian atas dan huruf Politeknik Johor Bahru pada dua lilitan timbulan atas dengan huruf rumi dan jawi.Kemasan rekaan adalah dari salutan perak dan emas.
Rekaan dilengkapi dengan kotak menyimpan dan tempat letak rasmi yang diperbuat dari akrilik lutsinar. Pertama kalinya digunakan pada Majlis Konvokesyen PJB yang ke-10. Pereka juga diberi amanah dan penghormatan sebagai pembawa cokmar pada majlis itu.
Direka oleh pensyarah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Encik Mohd Taufik bin Abdul Jalil dan Encik Mohd Noor Rashidi bin Ahmad